Thursday, May 28, 2009

Kangkung Belacan Ikan Masin



BAHAN²

seketul ikan talang masin (dihancurkan)
5 ulas bawang merah
4 biji cili api
setengah inci belacan
seikat kangkung
* tumbuk bawang merah dan cili api sehingga lumat bersama belacan

CARA² MEMASAKNYA

tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
tambahkan sedikit air, kacau sehingga agak kering
masukkan ikan masin dan kacau
masukkan kangkung dan setengah sudu kecil gula dan sedikit serbuk perasa
kacau dan sedia untuk dihidang
** (jgn goreng kangkung terlalu lama)

Kurma Ayam



BAHAN²

Bahan² A untuk dikisar:
Bawang Merah 7 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1 inci

Bahan² B:
Bunga Lawang X 3
Bunga Cengkih X 2
Kulit Kayu Manis X 2

Ayam 5-7 ketul
2 sudu besar serbuk kurma (dibancuh bersama sedikit air)
1 mangkuk santan
setengah mangkuk air
4 biji kentang (dipotong dadu)

CARA² MEMASAK

Tumis bahan² A yang telah dikisar bersama bahan² B sehingga naik bau
Masukkan Ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna
Masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dan kacau sehingga rata
Masukkan santan dan air
Masukkan kentang, kacau dan biarkan mendidih selama 15 minit
Tambahkan garam secukup rasa dan hanya sedikit gula dan serbuk perisa
Kacau selama 1 minit, setelah ayam dan kentang empuk, sedia untuk dihidang

** hidangan lebih enak dengan memasukkan 2 tangkai daun sup (tanpa dipotong)

Sunday, May 24, 2009

Special Recipes June-Dec'09




Hi everyone..
Lamanya rasa x update..Okies..As requested, Tom Yam will be the next recipe..!Thx for the suggestion dedek! Coming soon : June - December, I'll give you extra recipes on CINCAI recipes (good for newly married woman) such as Daging Halia, Roti Telur, UK Style Tuna Sandwich..etc...Just wait for my next one ok..

Tuesday, February 10, 2009

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK



BAHAN²

1kg siput sedut
1 biji kelapa { diambil santannya }
15 biji cili padi { dikisar }
6 ulas bawang merah { dikisar }
3 batang keladi { dibersihkan dan dipotong 2cm }
3 keping asam keping
2cm kunyit hidup { ditumbuk halus }
1 batang serai { dititik }
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

potong ekor siput dan cuci bersih, ketepikan
kemudian rebus keladi bersama dengan asam keping
toskan dan ketepikan dahulu
ambil kesemua bahan² yg telah dikisar termasuk kunyit hidup dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan serai, asam keping, santan, siput sedut, keladi dan garam
masak sehingga mendidih dan angkat
sedia untuk dihidang

AYAM MASAK MERAH



BAHAN²

A)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
** ditumbuk lumat kesemuanya

B)
6 ketul ayam
sebiji bawang besar { dihiris bulat }
2 sudu cili boh
1 camca stok ayam
garam dan gula secukup rasa
suku cawan air
suku cawan air asam jawa
sebiji tomato { dipotong dadu }

CARA MEMASAK

goreng ayam terlebih dahulu, asingkan
tumis bahan A sehingga naik bau
masukkan cili boh, kacau perlahan
setelah pecah minyak, tambah air asam jawa dan sedikit air
masukkan ayam yang telah digoreng
kacau sehingga sebati
setelah 2 minit, tambah perisa dgn stok ayam
tambah garam dan gula secukup rasa sedikit demi sedikit
akhir sekali, masukkan bawang besar dan tomato yg telah siap dipotong
sedia untuk dinikmati

Saturday, February 7, 2009

SAMBAL TUMIS PETAI IKAN BILIS


BAHAN²

A)
12 biji cili kering { direndam dan dikisar }
sedikit belacan
7 ulas bawang merah { dikisar bersama cili kering }
3 ulas bawang putih { dikisar bersama cili kering }

B)
suku cawan air asam jawa
suku air putih
2 papan petai { diambil isinya }
100/200 gm ikan bilis { digoreng dahulu }
1 camca stok ayam'
garam dan sedikit gula secukup rasa
1 biji bawang besar { dipotong bulat }
1 sudu susu cair

CARA MEMASAK

Tumis bahan A sehingga naik bau
Masukkan air asam jawa dan air putih
Kacau sehingga kuah hampir kering
Kemudian, masukkan ikan bilis dan petai
Ditambah dengan stok ayam, garam dan gula secukup rasa
Kacau perlahan sehingga kuah agak kering sedikit
Tambahkan dengan susu cair
Masukkan bawang besar dan sedia untuk dihidang

Friday, February 6, 2009

SUP AYAM


BAHAN²

A)
7 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci halia
** ketiga-tiga bahan di atas ditumbuk halus

B)
suku / setengah ekor ayam { dipotong kecil }
sup bunjut
5 biji ubi kentang { dipotong dadu }
3 cawan air
1 camca stok ayam / kiub ayam
kulit kayu manis
garam secukup rasa

C)
bawang goreng
daun sup { dipotong halus }

CARA MEMASAK

Tumis bahan A sehingga naik bau
Masukkan ayam, kacau sehingga ayam bertukar warna putih keperangan
Masukkan air dan sup bunjut
Setelah mendidih, masukkan ubi kentang
Masukkan stok ayam / kiub ayam dan kulit kayu manis
Tambah garam sedikit demi sedikit secukup rasa
Setelah mendidih, pastikan ubi telah empuk
Taburkan bahan C
Sedia untuk dihidang

Thursday, February 5, 2009

SAMBAL TUMIS UDANG



BAHAN²

7 ulas Bawang Merah { dikisar/ ditumbuk }
3 ulas Bawang Putih { dikisar/ ditumbuk }
1 kg Udang
suku cawan air
1 biji Bawang Besar { dipotong bulat }
2 sudu makan Cili Kisar { Cili Boh } atau ** 10 biji Cili Kering { direndam dgn air panas selama 15 minit dan dikisar bersama bawang dan sedikit belacan }
sedikit asam jawa cair { setengah cawan }
Garam dan Gula secukup rasa
1 camca Stok Ayam

CARA MEMASAK

Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau
Masukkan cili yang telah dikisar
Kacau sehingga kering sedikit
Masukkan air asam jawa dan kacau selama 2 minit
Masukkan udang dan suku cawan air
Bolehlah ditambah Stok Ayam, Garam dan Gula secukup rasa
Akhir sekali, masukkan bawang besar yg dipotong bulat
Kacau selama 7 minit
Sedia untuk dihidang

** Jangan biarkan terlalu lama atau kering, udang boleh menjadi overcooked

IKAN CENCARU BELAH BELAKANG


BAHAN²

4 ekor ikan cencaru { dicuci dan dibelah dibelakang }

minyak

BAHAN SAMBAL (DIKISAR)

2 batang serai [racikkan]

4 ulas bawang merah

6 tangkai cili merah

2 s/b kelapa parut

garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan

daun kunyit [mayang halus]

3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]

CARA MEMASAK

1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.

2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.

3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

** Recipe given by En. Mohd Shuhmi Shuib, Selayang

Wednesday, February 4, 2009

KETAM MASAK LEMAK NANAS




BAHAN²

* 1 kg Ketam
* 1 biji Nanas { dibuang kulit, dipotong dan direbus }
* 250 ml Santan
* 15 biji Cili Padi { dikisar }
* 5 btg Serai { diketuk }
* Gula secukup rasa
* Garam secukup Rasa
* Serbuk Kunyit { hjg camca }
* 1 inci lengkuas { ditumbuk halus }

CARA MEMASAK

* Masukkan santan, bahan kisar, lengkuas dan nanas yang telah direbus di dalam kuali
* Kacau perlahan sehingga mendidih
* Kemudian, masukkan ketam, kunyit, gula dan garam secukup rasa. Masukkan serai
* Kacau perlahan sehingga masak
* Boleh diangkat dan dihidang apabila mendidih

** Cili Padi boleh ditambah jika ingin lebih pedas